Saturday, January 23, 2010

10 PERKARA YANG MENJADIKAN KITA `LUPA'


1. Berbekam di kawasan tengkuk (bukan di kepala);

2. Makan ketumbar basah;

3. Makan epal / buah-buahan masam;

4. Selalu berdukacita dan rungsing;

5. Melihat air tenang dan kencing di dalam air;

6. Memandang lambang 'salib';

7. Membaca tulisan pada batu nisan (di kubur);

8. Berjalan di antara dua tambatan rentangan tali unta ( atau ternakan lain);

9. Membuang 'kutu' ke dalam bekas air bersih;

10. Memakan sisa tikus atau (sisa haiwan lain).

(Sumber: Ibnu Qayyim Al-Jauzi {691H-751H} dalam Kitab Tib An-Nabawi)



CARA MENGELAKKAN DARIPADA KELUPAAN:

1. Mengulum bunga cengkih (Qaranful);

2. Memakan karaps (tumbuhan hijau / sayuran dll);

3. Memakan kundar

4. Za'faran - filamen bunga di negeri Arab.



FAKTOR KEKUATAN AQAL:

1. Meninggalkan cakap-cakap kosong;

2. Menggunakan siwak ( semasa menggosok gigi);

3. Duduk bersama dalam majlis orang-orang soleh;

4. (Sentiasa) bersama dalam majlis 'ulama' (ilmu).

( Imam Asy-Syaafi'e)

jadual waktu oh jadual

tahun 2010 sudah lama bermula, hampir sebulan sudah kita lalui tahun ini, diharap apa yg kita azamkan pada tahun lepas sudah tercapai, dan sekarang kita perlu lah melihat kehadapan untuk mencapai azam kita pada tahun ini pula.

hari ini aku nak tulis entry pasal jadual waktu atau lebih dikenali sbgi timetable. Membuat timetable kat sekolah mmg adalah satu tugas yg agak rumit, hanya manusia yg mempunyai kekentalan jiwa yg tinggi sahaja yg selayaknya menerima tugas ini. aku sbi guru yg agak baru berada di sekolah sudah memikul tgungjwb ini bersama dgn 2 org guru yg lain.

di sini aku nak berkongsi perangai manusia yg positif dan negatif spanjang aku membuat jadual waktu untuk sekolah. yg positifnya smestilah kerajinan/ketekunan/ketaatan/kebertanggungjawaban/kejujuran/ dan pelbagai ke-an yg positif, AJK jadual waktu smk agama igan.

kat sini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada smua AJK timetable (sak 2 org jak :)) ) kerana tanpa wujudnya sokongan yg padu dan kerjasama yg mapan, jadual wktu tersebut tidak dapat disiapkan dgn jayanya pada masa yg ditetapkan. TERIMA KASIH.

ttapi dlm banyak perkara yg positif berlaku, terdapat jugak perkara2 yg negatif berlaku. antara insiden yg tidak dapat aku lupakan adalah cikgu smile-ly (nama dirahsiakan) mengamuk kerana jadualnya ditukar secara paksaan. subjek yg diajar oleh cikgu smile-ly adalah PJK. subjek yg aku rasakan agak mudah untuk diajar. sbelum jadual baru diberi, dia diminta mengajar PJK form 2 and form 4. ttpi slepas jadual baru dikeluarkan smua kelas PJK form2 dan form4 digugurkan dan diberi kepada cikgu ganti, manakala dia diminta mengajar subjek PJK form3 dan form5.

humm..aku malas nak cerita panjang lebar, ttpi aku bersyukur di sini kerana dapat belajar satu perangai manusia, iaitu Manusia tidak pandai menghargai kepenatan manusia lain, malahan lebih teruk lagi, tidak pandai utk berterimakasih di atas penat lelah org lain. aku ingin berpesan kepada diri aku sendiri terutamanya, dan manusia sejagat supaya berterimakasih di atas apa yg org lakukan, kerana manusia jenis ini sememangnya semakin pupus.

ps; kalau seseorang masak untuk kita, jangan pulak komen tak sedap, untuk menghargai seseorang yg sudah penat memasak, cakaplah ssuatu yg positif :)