Saturday, May 14, 2011

BANK KEHIDUPAN:::

Bank Kehidupan

1. Bayangkan……jika terdapat sebuah bank yang akan memasukkan Rm86,400 kedalam akaun kita setiap pagi.

2. Bank ini tidak bawa kehadapan sebarang baki harian.

3. Pada setiap petang pula akan memadamkan setiap sen baki yang gagal kita gunakan pada hari tersebut.

 4. Apakah yang akan kita lakukan?

5. Sudah pasti kita akan mengeluarkan setiap sen yang ada!!

6. Sebenarnya memang setiap individu ada bank yang sedemikian. Ianya dipanggil ‘MASA’.

7. Setiap pagi bank ini akan memasukkan 86,400 saat kedalam akaun kita.

8. Dan setiap malam pula bank ini akan melupuskan setiap apa yang gagal kita gunakan kearah kebaikan dan dipanggil kerugian.

9. Ia tidak akan membawa sebarang baki kehadapan.

10. Ia juga tidak membenarkan sebarang overdraft.

11. Dan setiap hari ia akan membuka akaun baru untuk kita.

12. Dan setiap malam ia akan menamatkan setiap baki untuk hari itu.

13. Jika kita gagal menggunakan pada hari itu, kerugian adalah milik kita.

14. Tidak ada jalan kembali semula. Juga tidak ada pinjaman untok hari esok.

15. Kita mesti manafaatkan pada hari tersebut juga.

16. Kita perlu membuat pelaburan sepenuhnya untuk kesihatan, kegembiraan dan kejayaan.

17. Masa tetap beredar.

18. Gunakanlah sepenuhnya untok hari itu.

19. Cuba kita nilaikan perkara berikut

# Untuk memahami betapa tingginya nilai untok SATU TAHUN……
bertanyalah kepada seorang penuntut yang gagal dalam ujian semesternya

#Untuk memahami betapa tingginya nilai SATU BULAN…….
bertanyalah kepada seorang ibu yang melahirkan bayi yang tidak cukup bulan

# Untuk memahami betapa tinggi nilainya SATU MINGGU………
bertanyalah kepada seorang Editor akhbar mingguan

# Untuk memahami betapa tingginya nilai SATU HARI…….
bertanyalah kepada seorang pesalah yang dijatuhkan hukuman mati

# Untuk memahami betapa tingginya nilai SATU JAM…………
bertanyalah pada pasangan kekasih yang menunggu masa untuk berjumpa

# Untuk memahami betapa tingginya nilai SATU MINIT………….
bertanyalah kepada seorang yang ketinggalan penerbangannya

# Untuk memahami betapa tingginya nilai SATU SAAT……………
bertanyalah kepada orang yang baru saja dapat mengelakkan dari satu kemalangan ngeri

# Untuk memahami betapa tingginya nilai SATU Per SEJUTA SAAT…………..
bertanyalah kepada saorang yang memenangi pingat perak dalam sukan olimpik

JADI…………..hargailah setiap SAAT yang kita ada………

Dan lebihlah menghargainya sebab anda berkongsi masa dengan sesaorang yang sangat istimewa, terlalu istimewa!!

Dan ingatlah………MASA tidak menunggu sesiapa
SEMALAM…………adalah sejarah
ESOK………masih lagi samar
HARI INI…………adalah rahmat!!!

sama tapi tak serupa~sarawakian pls dont read!!

sama perkataan but berlainan maksud
Cuba anda bace ayat kat bawah nie,then cube teka ape maksud perkataan sarawak dalam bracket..then, sape cikgu2 yg rase2 nak posting kat sarawak tu..hehe..cube pikir masak2..nie baru bhs mlayu swk..ade bny lg bhs ibunda kami…
slmt membace!!

1) Berikut adalah senarai peserta yang akan "berekot" dalam acara larian amal.

2) Mereka melemparkan cebisan kerak nasi ke arah sekumpulan "kerak".

3) Walaupun ditetak beberapa kali dengan parang namun dia masih mampu "tetak"

4) Impiannya untuk menjual ikan kering itu hancur-lebur setelah semua ikan yang dijemurnya "lebur" terkena hujan lebat.

5) Suasana tepi pantai yang nyaman membuatkan makanan terasa lebih "nyaman".

6) Melihatkan pelawak yang tidak kelakar itu menyebabkan penonton "berkelakar"sesama sendiri.

7) Orang ramai berpusu-pusu untuk membeli "ikan pusuk".

8). Kerana banyaknya pakaian yang di"buat"dari ampaian membuatkannya semput
keletihan.

9). Oleh kerana berasa dirinya lawa membuatkan sikapnya "lawa".

10) Dia masih tidak tahu "sini" tempatnya walaupun sudah berkali-kali diberitahu bahawa kita akan berjumpa di sini.

11) Kali terakhir aku "tangga", dia duduk di tangga.

12). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun akan dihadiahkan sebiji belon setiap kali mereka menaiki "belon".

13) Rahsia ini jangan di"padah" dengan orang lain kerana ianya boleh membawa padah kepada kita.

14) Sebarang maklumat berkaitan rancangan ini mesti dibuat dengan teliti,jangan "sebarang" .

15) Kesemua crew RTM yang membuat liputan di puncak Gunung Everest dikhuatiri mati "keruk" kerana kesejukan.

16) "Pergilah "abas" Pakcik Abas kat hospital tu" katanya pada anak-anaknya.

17) Terdapat banyak "tapak" mangkuk dibuang di tapak pelupusan itu.

18) "Sik"banyak kemudahan awam disediakan di daerah Sik, Kedah.

19) "Beliang" hatinya melihatkan mukanya penuh berliang roma.

20) Setelah "kepak" terbang seharian, burung itu hinggap sebentar merehatkan kepaknya.

21) Semua ayam yang dibiaknya masih terlalu "biak"  untuk disembelih.

22) Semua penyabung ayam itu sudah "kepung" ayam yang terlepas lari itu tapi tidak menjadi, walaupun ayam itu dikepung.

23). Walaupun "perintah" telah mengeluarkan perintah berkurung, tetap juga ada yang keluar malam.

24) Setelah "lelah" menaiki tangga, Amira diserang lelah.

25) Walaupun cara Sila merempit itu gerek, tapi tetap "gerek" Sila tidak menyenangi perbuatannya itu.

26) Lehot suka membeli motor RXZ daripada membeli motor Kancil.

27) Tipah merasa "lemah nyawa" setelah melihat anaknya kehilangan nyawa.

28) Bunga itu sungguh harum, "harum bulak" satu dunia dapat menghidunya.

29) "Aik… aku tak pernah belikan kau "aik" milo," kata dia kepada
kawannya.

30). "Ya, orang "ya lah" yang telah membunuh bapak kau," kata Sona kepada adiknya itu.

31) Walaupun Tok Janggut sudah mati, tetap dia dikenang sampai hari "tok".

32) Petang ini sungguh cerah, tapi kalau duduk di bilik yang "petang" tetap juga tidak
cerah.

33) Walaupun sudah ditutup suis "api" itu, tetap juga ia terbakar mengeluarkan api.

35) Rima menemui jalan buntu kerana dirinya terlalu "buntuk".

36) Kadang-kadang anak Timah merasa "supan" bila melihat anak lelaki kawan maknya yang sopan itu.

37) Walaupun madah puisi itu sungguh cantik, Suzie tetap "madah" puisinya tidak begitu bagus.

38) Setelah memahami bait-bait puisi itu, Suzie pun "berbait" dengan bekas kekasihnya yang belum "bait-bait" dari sakit itu.

sama perkataan but berlainan maksud.hehe..itulah indahnya bahasa~