Friday, December 24, 2010

JODOH- seribu macam kisah-

Salam kpd smua pembaca,

smoga sihat hendaknya sentiasa walaupun penulis sndri baru kebah dari serangan sakit perut yg mencengkam. Syukur kerana betapa nikmatnya tidak menghadapi penyakit.

Musim cuti sekolah yang panjang sebegini memberikan bnyk kesempatan kepada kita smua untuk melengkapkan separuh daripada agama islam kita. atau boleh penulis katakan mengikut sunnah nabi dan menjadi ummatnya.





Tahniah kepada smua yg melangsungkan perkahwinan dan pertunangan, semoga perbuatan yg baik dibalas dengan kebaikan.


Sebenarnya, penulis nak bercerita ttg jodoh. Tentang mana2 jodoh.Ada org mencari jodoh seumur hidupnya, tak berjumpa, ada juga org yg mencari jodohnya smpi ke hujung dunia, ada yg berjumpa jodohnya sbelah rumah dan ada org jumpa jodohnya di mana2. Walau di mana jua kita menemui jodoh kita, terimalah dia dengan seadanya, kerana dia di utuskan oleh-Nya kepada anda.

Jika sesiapa yg belum bertemu jodoh, diharap bersabar, kerana jodoh memang sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi jangan risau,jangan mengelabah dan jangan suka-suki buat andaian.


 Gambar hiasan semata-mata,tiada kaitan dengan yg hidup atau yg mati.
cute tak budak ni? kalau lah budak ni jadi anak penulis,mst bahagia~

Penulis sendiri mencari jodoh sehingga ke negara lain, jika dipanjangkan jodoh, insyallah akan disatukan. Tetapi sebaiknya perkahwinan jangan ditangguh, lebih baik dipercepatkan. Ada bnyk rasionalnya, antaranya adalah untuk mengelak daripada maksiat. Baru2 ini saya terbaca di dlm sbuah buku, maksiat bukannya hanya pada hubungan "              " di antara lelaki dan perempuan. Maksiat yg paling teruk adalah maksiat pada hati. Nauzubillah.

Di sini, terdapat beberapa tips daripada iluvislam untuk anda yg bergelar isteri dan suami, mungkin juga boleh dijadikan persediaan untuk bakal2 isteri dan bakal2 suami. Enjoy~








Tips cinta untuk suami
  • Bersikap baik dan lembut dengan isteri
  • Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
  • Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
  • Bersabar terhadap karenah isteri
  • Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros )
  • Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra )
  • Membantu tugas - tugas isteri dirumah
  • Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
  • Tidak bermesra dengan wanita lain
  • Menjaga rahsia isteri
  • Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain
  • Tidak makan hasil kerja isteri
Tips cinta untuk isteri
  • Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil .
  • Segera memenuhi permintaan suami
  • Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara
  • Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
  • Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
  • Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir
  • Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir
  • Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
  • Membantu urusan perjuangannya
  • Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
  • Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
  • Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya
  • Menghormati keluarga suami
  • Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua suami isteri
  • Persefahaman
  • Taawun ( bekerjasama )
  • Wujudkan suasana romantis
  • Atasi bebanan kerja
  • Kepuasan seks
  • Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
  • Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
  • Menghayati amal Islami
  • Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga

Tuesday, August 10, 2010

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah

Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:


1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)


2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.
Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3)T
erus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.


4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.
Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.
Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.
7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.
Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.
Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.

Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.
Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.
Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."


Sumber: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh

Saturday, July 31, 2010

Sudah Lama Benar

Sudah lama benar..
Mata ini tidak menangis..
Mengenang segala kekhilafan diri..
Kerana sering kumanjakan ia,
dengan melihat keindahan dunia dan isinya..
Hingga ku asyik pada fatamorgananya..

Sudah lama benar..
Mulut ini tidak bicara..
Mengalunkan kalimat Kalamallah..
Yang indah dan syahdu menusuk jiwa..
Kerana sering kubiarkan ia..
Bicara seenak rasa..
Yang hanya menambah dosa..

Sudah lama benar,
Telinga ini tidak mendengar..
Zikir dan pujian kepada Dia..
Kerana sering kubiarkan ia,
Mendengar alunan irama serta perkataan lagha.

Sudah lama benar,
Diri ini tidak di sucikan..
Dengan dingin dan segarnya aliran air wudhuk,
Kerana sering kubiarkan ia,
Di jamah kekotoran dosa-dosa dan najis dunia..

Sudah lama benar..
Hati ini kosong..
Dengan tazkirah, tarbiyah dan ilmu..
Makin tandus dan merekah menanti belah..
Kerana sering ku biarkan ia..
Terisi dengan keseronokan sementara..

Oh Tuhan ku..
Sudah lama benar ku tinggalkan jalan itu..
Jalan lurus yang membawa ku dekat pada MU..
Angkuhnya aku selama usia ini..
Berjalan megah mendongak..
Hingga ku lupa..
Bumi tempat kuberpijak..

Ya Tuhan..
Sungguh aku ingin kembali ke jalan itu..
Izinkan langkah kakiku..
Izinkan helah nafasku..
Izinkan kudratku..
Untuk sampai ke situ..
Sudah lama benar..
Mata ini tidak menangis..
Mengenang segala kekhilafan diri..
Kerana sering kumanjakan ia,
dengan melihat keindahan dunia dan isinya..
Hingga ku asyik pada fatamorgananya..

Sudah lama benar..
Mulut ini tidak bicara..
Mengalunkan kalimat Kalamallah..
Yang indah dan syahdu menusuk jiwa..
Kerana sering kubiarkan ia..
Bicara seenak rasa..
Yang hanya menambah dosa..

Sudah lama benar,
Telinga ini tidak mendengar..
Zikir dan pujian kepada Dia..
Kerana sering kubiarkan ia,
Mendengar alunan irama serta perkataan lagha.

Sudah lama benar,
Diri ini tidak di sucikan..
Dengan dingin dan segarnya aliran air wudhuk,
Kerana sering ku biarkan ia,
Di jamah kekotoran dosa-dosa dan najis dunia..

Sudah lama benar..
Hati ini kosong..
Dengan tazkirah, tarbiyah dan ilmu..
Makin tandus dan merekah menanti belah..
Kerana sering ku biarkan ia..
Terisi dengan keseronokan sementara..

Oh Tuhan ku..
Sudah lama benar ku tinggalkan jalan itu..
Jalan lurus yang membawa ku dekat pada MU..
Angkuhnya aku selama usia ini..
Berjalan megah mendongak..
Hingga ku lupa..
Bumi tempat ku berpijak..

Ya Tuhan..
Sungguh aku ingin kembali ke jalan itu..
Izinkan langkah kakiku..
Izinkan helah nafasku..
Izinkan kudratku..
Untuk sampai ke situ..

Sunday, July 25, 2010

avatar- mesej mendalam untuk penduduk bumi~

avatar avatar avatar
penat kan dengar org crita pasal cerita ni.cerita ni dah keluar awal tahun, tp aku baru tgk semalam. Agak mendebarkan, dan sarat dengan pengajaran kepada penduduk bumi@ sky people.

pengajaran yg paling bermakna buat aku adalah JGN MUSNAHKAN TEMPAT TINGGAL KITA ataupun mother nature kita. Betapa sayangnya penduduk oricamaya dengan tempat tinggal mereka dan tidak mahu dimusnahkan oleh org bumi yg hanya pandai mengambil apa yg berharga dari BUMI mereka sendiri.

Sikap sambil lewa dan endah tak endah dengan persekitaran menyebabkan bumi kita yg usang ini semakin usang dari hari ke hari. Jika seorang manusia mempunyai sikap TAK APA ini membunag sampah 1botol kedalam longkang. Cuba bayangkan jika 50 org yg mpunyai sikap berikut, mksudnya ada 50 botol yg akan dibuang pada hari tersebut ke dalam longkang. Sampah ini akhirnya akan memakan diri kita sendiri.Cuba kita fikirkan kaitannya.

Kiraan yg sama juga digunakan untuk manusia yg berusaha menyelamatkan alam sekitar.
Teringat saya dengan gurauan rakan guru di sekolah. Saya biasanya akan membungkus makanan daripada kantin menggunakan tuuperware sendiri dan menolak penggunaan polisterena. Kerana saya tahu, polistrena adalah satu bahan yg susah mereput, mengambil lebih kurang beratus tahun.

'Tak payah la ko gne tupperware ko untuk bungkus makanan, bukannya semua org nak selamatkan alam sekitar macam ko, ko tgk jer kat sekolah ni, ko sorg jer sibuk pasal mende ni sume' sindiran kawan aku.

Sbenarnya pendapat dia salah, mungkin aku seorang sahaja di sekolah ini, pada setiap hari, aku dah selamatkan 1polisterena untuk digunakan, mksudnya dalam sebulan polisterena yg tak digunakan adalah 30 buah. Mksudnya aku dah berjaya selamatkan 366 bijik polistrena setahun. Satu usaha yg membanggakan.

Tetapi, jika lebih ramai yg tidak menggunakan polisterena, maka semakin bnykla polisterena yg tak digunakan. Tetapi attitude seseorang memang amat payah untuk di ubah, sebab semuanya tidak mahu keluar dari ZON SELESA masing2. Walaupun zon selesa itu kadang2 tidak seselesa mana. Sikap sebegini hendaklah dikikis dari hati kita supaya hati kita tidak menjadi hitam.

Saya nak berpesan kepada semua supaya berlatihlah untuk menyelamatkan alam sekitar selagi terdaya, walaupun dengan sebijik botol. Tolonglah, BUMI ini memerlukan pertolongan mu.

Thursday, July 22, 2010

anda seorang MUSLIM yg benar2 MUSLIM?

SALAM ALAIKA~

Hari ni nak tulis pasal budaya islam yg semakin hari semakin hilang dalam kehidupan kita. Saya begitu sedih melihat agama islam yg tidak dipeduli dan dipisahkan daripada kehidupan kita. Sedangkan ISLAM itu SYUMUL, lengkap dari pelbagai aspek kehidupan, sesuai dengan semua ZAMAN, semua MASA, semua BANGSA, semua NEGARA, semua PERINGKAT UMUR.

Semua org mengetahui hakikat tersebut tetapi mengapa kita boleh mengambilnya sebagai masalah kecil dan memandang enteng kepada semua perkara yg berkaitan dengan nya.

Perkara yg pertama dan UTAMA adalah solat, mengikut kajian hampir 80% umat islam di Malaysia tidak solat disebabkan oleh pelbagai faktor yang menjadi alasan. Antara alasan yang selalu kita dengar adalah;
  • Tidak cukup masa,
  • tak sempat
  • kerja banyak
  • tak sampai seru
  • tak reti laa...
  • MALAS
Nauzubillah, smua ini adalah alasan. Solat fardhu boleh dilaksanakan sekejap 5 minit. Kewajiban kita sebagai hambanya haruslah dilaksanakan sejujur dan seikhlasnya.

Pernah terdengar di dalam satu ceramah, org yg mengemukakan alasan itu adalah tidak logik dan rasional. Cuba anda bayangkan, semasa berada di bandar membeli barang2, tiba2 anda terasa ingin mlepaskan hajat, anda tidak pula mengemukakan pelbagai alasan untuk pergi ke tandas. Tidak mungkin anda melepaskan hajat di tengah jalanraya. Dan semestinya anda akan mencari tandas yg berhampiran untuk melepaskan hajat, tanpa MEMBERI APA2 ALASAN untuk pergi ke tandas.


Sama juga kesnya dengan solat, tanpa meberi apa2 alasan, kita perlu menunaikan kewajiban kita kepada Allah. Kadang2 saya terfikir, kebanyakan orang islam sudah tidak percaya kewujudan Allah [nauzubillah], ini kerana, saya dapat lihat ramai yg mengabaikan solat.


Jika anda pernah pergi ke sekolah kami, keadaan agak mendukacitakan, dengan memegang 'TITLE' sekolah agama, waktu solat tidak dijaga dengan sempurna.Sekitar jam 6.30 -07;00 mlm masih lagi kelihatan pelajar2 bermain badminton dan menjalankan aktiviti ko-kurikulum. Amat2 mendukacitakan. Saya sebagai warden bertugas pada hari tersebut, hanya mampu melihat dan memerhati. Ini disebabkan oleh ada ramai cikgu ditempat kejadian. Saya perlu menegur secara hikmah, bukanya menegur membabi buta. Luahan pada blog ini juga insya-Allah dapat memberi peringatan kepada kita semua.
Perkara2 yang mungkin dianggap 'remeh' oleh pelbagai pihak boleh menjadi barah yang bakal memusnah individu tersebut.
Akhir kallam, saya berharap coretan ringkas saya pada kali ini dapat memberi peringatan kepada kita dan diri saya sendiri. Insya-Allah~

Tuesday, July 20, 2010

Wahai Insan bernyawa (iluvislam.com)

Dengarlah wahai insan bernyawa ,
Tidak ada yang akan terlepas ,
Dari setitik kesilapan ,
Di dunia , Persinggahan akhirat ,
Ingatlah sekalian anak adam dan hawa ,
Balasan akhirat itu pasti ,
Bahagialah bagi yang bertakwa ,
Waspadalah bagi yang derhaka ,
Alwaktu bikalsaif ,
Segeralah bertaubat ,
Sebelum matahari terbitnya di barat .
Dengarlah wahai insan bernyawa ,
Cabaran sentiasa menanti di hadapan ,
Tanganilah bagai orang bijaksana ,
Yang adil dan saksama ,
Agar tidak jauh tersasar ,
Dari matlamat yang satu ,
Jangan diambil mudah ,
Soal ibadah dan nyawa ,
Tiada ibadah , Runtuhlah tiang agama ,
Tiada nyawa terkuburkah jasad kita ,
Ingatlah sekalian anak adam dan hawa ,
Mati itu penghijrahan ke akhirat ,
Hisab itu penentuan yang sebenar .



Dengarlah wahai insan bernyawa ,
Munasabah kembali diri kita ,
Perbaikilah kelemahan yang ada ,
Gantikan dengan sinaran kekuatan ,
Allah Maha Adil dan Berkuasa ,
Setiap masalah ada penyelesaiannya ,
Ingatlah wahai anak adam dan hawa ,
Ada siang ada malam ,
Ada hitam ada putih ,
Ada langit ada bumi ,
Ada marah ada ketawa ,
Ada tangis ada riang ,
Ada benci ada marah ,
Ada pahala ada dosa ,
Ada syurga ada neraka ,
Ayuh! Bangunlah wahai orang yang beriman ,
Dari kegelapan yang pekat ,
Berjuanglah menegakkan kebenaran ,
Yang makin tenggelam akan arus kemungkaran .

Monday, July 19, 2010

Debu Mampu Memusnah [kuasa Allah tiada tandingannya]

Salam Alaik
Hari ni nak berkongsi sesuatu yg mungkin bakal menyedarkan kita. Saya tidak nafikan, ada bnyk perkara yg boleh menyedarkan kita, tetapi paparan dokumentari yg saya tonton di tv tadi memang benar2 menyedarkan kita.

bayangkan, hanya dengan debu sahaja, sebuah bandar musnah di tutupi dengan debu.Ramai dari penduduknya menemui ajal disebabkan oleh debu tersebut. Penduduk yg terselamat pula berusaha untuk tinggalkan pulau tersebut.


Sebuah kawasan yg dinamakan PLYMOUTH di Afrika telah musnah disebabkan oleh DEBU gunung berapi. Gunung berapi tersebut telah dikesan mempunyai tanda2 awal letusan sejak 2 tahun sebelum ini. Cuba anda bayangkan di belakang rumah anda, terdapat sebuah gunung berapi yg sentiasa mengeluarkan asap. Apa yg anda lakukan?


Kita patut bersyukur kerana di negara kita tiada ancaman seperti ini. Maka jangan kufur nikmat. Bersyukur dengan apa yg ada. Zuhud adalah jalan yg terbaik.

Semasa menonton dokumentari tersebut, saya hampir menitiskan air mata, kerana melihat kesengsaraan mereka menghadapi segala kemungkinan yg bakal mereka hadapi selepas daripada letusan demi letusan gunung berapi tersebut.

Sebuah bandar yg pada mulanya didiami oleh penduduk yg bahagia dan gembira akhirnya musnah disebabkan oleh kuasa Allah yg maha hebat.

Pandangan sudut positif: Allah tidak akan jadikan sesuatu itu tanpa sebab, hatta tahi telinga sekalipun, manusia pun dijadikan untuk menjadi hamba kepada Allah dan menjadi khalifah di ats muka bumi ini. Kejadian di atas juga mempunyai sebab yg tertentu, antaranya adalah peristiwa tersebut boleh mengingati manusia tentang betapa hebatnya kuasa Tuhan. 

Seterusnya, kawasan tersebut juga akan menjadi lebih subur. Teringat saya kepada Quantum Pendant yg saya pakai, rantai tersebut diperbuat daripada debu gunung berapi. Lihatlah, betapa sayangnya Allah kepada kita, di setiap Musibah PASTI ada HIKMAH di sebaliknya. Percayalah~