Friday, December 24, 2010

JODOH- seribu macam kisah-

Salam kpd smua pembaca,

smoga sihat hendaknya sentiasa walaupun penulis sndri baru kebah dari serangan sakit perut yg mencengkam. Syukur kerana betapa nikmatnya tidak menghadapi penyakit.

Musim cuti sekolah yang panjang sebegini memberikan bnyk kesempatan kepada kita smua untuk melengkapkan separuh daripada agama islam kita. atau boleh penulis katakan mengikut sunnah nabi dan menjadi ummatnya.





Tahniah kepada smua yg melangsungkan perkahwinan dan pertunangan, semoga perbuatan yg baik dibalas dengan kebaikan.


Sebenarnya, penulis nak bercerita ttg jodoh. Tentang mana2 jodoh.Ada org mencari jodoh seumur hidupnya, tak berjumpa, ada juga org yg mencari jodohnya smpi ke hujung dunia, ada yg berjumpa jodohnya sbelah rumah dan ada org jumpa jodohnya di mana2. Walau di mana jua kita menemui jodoh kita, terimalah dia dengan seadanya, kerana dia di utuskan oleh-Nya kepada anda.

Jika sesiapa yg belum bertemu jodoh, diharap bersabar, kerana jodoh memang sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi jangan risau,jangan mengelabah dan jangan suka-suki buat andaian.


 Gambar hiasan semata-mata,tiada kaitan dengan yg hidup atau yg mati.
cute tak budak ni? kalau lah budak ni jadi anak penulis,mst bahagia~

Penulis sendiri mencari jodoh sehingga ke negara lain, jika dipanjangkan jodoh, insyallah akan disatukan. Tetapi sebaiknya perkahwinan jangan ditangguh, lebih baik dipercepatkan. Ada bnyk rasionalnya, antaranya adalah untuk mengelak daripada maksiat. Baru2 ini saya terbaca di dlm sbuah buku, maksiat bukannya hanya pada hubungan "              " di antara lelaki dan perempuan. Maksiat yg paling teruk adalah maksiat pada hati. Nauzubillah.

Di sini, terdapat beberapa tips daripada iluvislam untuk anda yg bergelar isteri dan suami, mungkin juga boleh dijadikan persediaan untuk bakal2 isteri dan bakal2 suami. Enjoy~








Tips cinta untuk suami
  • Bersikap baik dan lembut dengan isteri
  • Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
  • Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
  • Bersabar terhadap karenah isteri
  • Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros )
  • Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra )
  • Membantu tugas - tugas isteri dirumah
  • Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
  • Tidak bermesra dengan wanita lain
  • Menjaga rahsia isteri
  • Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain
  • Tidak makan hasil kerja isteri
Tips cinta untuk isteri
  • Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil .
  • Segera memenuhi permintaan suami
  • Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara
  • Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
  • Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
  • Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir
  • Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir
  • Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
  • Membantu urusan perjuangannya
  • Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
  • Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
  • Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya
  • Menghormati keluarga suami
  • Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua suami isteri
  • Persefahaman
  • Taawun ( bekerjasama )
  • Wujudkan suasana romantis
  • Atasi bebanan kerja
  • Kepuasan seks
  • Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
  • Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
  • Menghayati amal Islami
  • Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga

1 comment:

Camar Senja said...

cepat2.... jgn tunggu lama lama nanti diambil org..ekekeke