Wednesday, July 7, 2010

HUKUM MENCUKUR DAN MENYIMPAN JANGGUT [lelaki saje ek]

Apakah hukumnya, membiarkan dan memeliharakan tumbuhnya janggut?

Jawapan :

Terdapat perintah untuk membiarkan tumbuhnya janggut kerana banyak hadith Nabi s.a.w di antaranya sabda Nabi s.a.w yang bererti :

"Berbezalah daripada kaum Musyrik, bebaskanlah (biarkanlah sebagaimana adanya) janggut dan cukurlah kumis (misai)." (Hadith riwayat Bukhari, Sahih Bukari, vol 5, hlmn 2209; dan Muslim, Sahih Muslim, vol 1, hlmn 222)



komen aku,
pernah terbaca dalam majalah SOLUSI, nabi suruh kita berbeza daripada menyerupai org yahudi dan nasrani. yahudi dan nasarani akan mencukur janggut dan membiarkan misai atau mencukurnya sekali. kita umat islam haram menyerupai org yahudi n nasrani, cara berpakaian termasuklah dari segi penampilan diri seperti ini. jadi bab simpan janggut ni, faham2lah ekk..


[pssst]: sudah mula menyimpan janggut demi mengikut sunnah nabi dan mengelak dari fitnah akhir zaman.

1 comment:

irna said...

bl dh bjanggut tu..arap xde la org ckp cikgu azahar ni org myanmar lg kn..hehe ;p