Monday, July 12, 2010

alangkah indahnya [musim piala dunia 2010 ]

salam alaik.
musim piala dunia masih hangat dibicarakan di seantero dunia. siapa tidak tahu, juara kali ini disandang oleh sebuah negara yang mempunyai peta seperti kasut, mungkin ini adalah rahsia kejayaan mereka, SPAIN. Tahniah buat spain dan penyokong2 nya yang tidak kenal penat lelah meraung dan memekik menyokong pasukan kegemaran mereka.

Di sini saya tidak berniat untuk mengulas lebih panjang lagi mengenai piala dunia ini. semuai orang sudah tahu, dan semua orang sudah maklum. Sotong dan burung hijau itu pun sudah membuat tilikan. Sotong siap boleh menjangka 6 perlawanan secara tepat. Semakin ramailah yang percaya 'kuasa' sotong ini selepas ini, dan semakin ramailah yg akan tersesat, nauzubillah. Kalau org kafir yg percaya, saya agak tidak keruan, mungkin mereka tidak ada kerja lain gamaknya. Tetapi saya agak hairan dan pelik, media di malaysia juga membuat liputan yang meluas ttg perkara ini, menjadikan, anak2 muslim kita yang masih belum tepu lagi ilmu islam di dada, tekial2 percaya ttg perkara tilikan tersebut. Islam melarang sekeras2nya tilikan tersebut. Dan islam meletakkan hukum Haram ke atasnya. Hanya ada satu kuasa sahaja yg kita perlu kita sanjung, geruni dan takuti yakni kuasa ALLAH swt.

Tergelak+ sedih melihat seorang guru di sekolah pagi tadi, sementara menunggu waktu masuk kelas, ada seorang guru lelaki tertidor di pembaringan, disebabkan berjaga melihat aksi pasukan bola yang diminatinya seawal jam 2.30 pagi semalam sehingga aksi masa tambahan pukul 5.00pagi. Saya agak malu pada mulanya, kerana saya sering memarahi pelajar saya, 'awal pagi dah tidor, macam mana ilmu nak masuk'. rupa2nya cikgu sendiri yang tertidor kerana tidak pandai mengatur masa dengan betul. Pada masa tersebut pelajar lalu-lalang di luar bilik guru, melihat aksi guru tersebut. Teringin mendengar apa yang diperkatakan oleh pelajar. Jika tertidur disebabkan oleh qiamulail saya tidak kisah, tetapi kerana sebiji bola? tepuk dada, tanya minda.

Terdapat seorang cikgu perempuan yang agak fanatik menyokong Spain di sekolah. Saya tidak ksiah, asalkan prestasi mengajar yang diberi di dalam kelas adalah tip top.Lagipun dia seorang non-muslim, jadi mungkin dia tiada tangunggjawab yg lain.tiada siapa yang tahu. Sindrom2 seperti ini telah berjaya buat yahudi + nasrani untuk mengajak umat islam untuk sama berhibur dalam arena Piala Dunia. Saya tidak cakap, sama 'bersukan' disebabkan orang yg menyokongnya tidak berpeluh di padang, ianya lebih kepada hiburan atau hedoism.
Umat yang suka berhibur adalah umat yang mudah di takluk dan dijajah. Jadi saya berpesan kepada diri sendiri, jgn utamakan hiburan. Hiburan mmg tiada salahnya, tapi asalkan tahu batasnya.

Alangkah indahnya jika...
semangat menyokong pasukan kegemaran mereka pada piala dunia digunakan untuk menyokong perjuangan umat seagama kita di palestin atau menjadi semangat untuk mengubah nasib ummah.Jika tidak dapat mengubah dengan tangan, ubahlah dengan hati.Bermula dari diri sendiri, barulah org sekeliling akan melihat dan mengikut insya-Allah.

Alangkah indahnya jika..
semangat bangun seawal jam 2.30 pagi digunakan untuk qiamulail pada sepertiga malam berbanding berjaga untuk melihat piala dunia. Jika ada aktiviti di sekolah yang berkaitan dengan bangun sekitar jam tersebut, akan kedengaran mengatakan 'tidak dapat bangun se-awal itu'. Tetapi demi piala dunia, smuanya boleh.

Alangkah indahnya jika...
sermua umat islam bersatu di dunia ini seperti mereka bersatu menyokong pasukan bola kegemaran mereka.

Alangkah....cuma sekadar menyebut alangkah...bila agaknya alangkah ini menjadi realiti. Alangkah indahnya angan2 ini.

hanya coretan daripada penulis semata2, tidak berkait dengan mana2 pihak.

No comments: