Sunday, July 25, 2010

avatar- mesej mendalam untuk penduduk bumi~

avatar avatar avatar
penat kan dengar org crita pasal cerita ni.cerita ni dah keluar awal tahun, tp aku baru tgk semalam. Agak mendebarkan, dan sarat dengan pengajaran kepada penduduk bumi@ sky people.

pengajaran yg paling bermakna buat aku adalah JGN MUSNAHKAN TEMPAT TINGGAL KITA ataupun mother nature kita. Betapa sayangnya penduduk oricamaya dengan tempat tinggal mereka dan tidak mahu dimusnahkan oleh org bumi yg hanya pandai mengambil apa yg berharga dari BUMI mereka sendiri.

Sikap sambil lewa dan endah tak endah dengan persekitaran menyebabkan bumi kita yg usang ini semakin usang dari hari ke hari. Jika seorang manusia mempunyai sikap TAK APA ini membunag sampah 1botol kedalam longkang. Cuba bayangkan jika 50 org yg mpunyai sikap berikut, mksudnya ada 50 botol yg akan dibuang pada hari tersebut ke dalam longkang. Sampah ini akhirnya akan memakan diri kita sendiri.Cuba kita fikirkan kaitannya.

Kiraan yg sama juga digunakan untuk manusia yg berusaha menyelamatkan alam sekitar.
Teringat saya dengan gurauan rakan guru di sekolah. Saya biasanya akan membungkus makanan daripada kantin menggunakan tuuperware sendiri dan menolak penggunaan polisterena. Kerana saya tahu, polistrena adalah satu bahan yg susah mereput, mengambil lebih kurang beratus tahun.

'Tak payah la ko gne tupperware ko untuk bungkus makanan, bukannya semua org nak selamatkan alam sekitar macam ko, ko tgk jer kat sekolah ni, ko sorg jer sibuk pasal mende ni sume' sindiran kawan aku.

Sbenarnya pendapat dia salah, mungkin aku seorang sahaja di sekolah ini, pada setiap hari, aku dah selamatkan 1polisterena untuk digunakan, mksudnya dalam sebulan polisterena yg tak digunakan adalah 30 buah. Mksudnya aku dah berjaya selamatkan 366 bijik polistrena setahun. Satu usaha yg membanggakan.

Tetapi, jika lebih ramai yg tidak menggunakan polisterena, maka semakin bnykla polisterena yg tak digunakan. Tetapi attitude seseorang memang amat payah untuk di ubah, sebab semuanya tidak mahu keluar dari ZON SELESA masing2. Walaupun zon selesa itu kadang2 tidak seselesa mana. Sikap sebegini hendaklah dikikis dari hati kita supaya hati kita tidak menjadi hitam.

Saya nak berpesan kepada semua supaya berlatihlah untuk menyelamatkan alam sekitar selagi terdaya, walaupun dengan sebijik botol. Tolonglah, BUMI ini memerlukan pertolongan mu.

No comments: