Thursday, July 22, 2010

anda seorang MUSLIM yg benar2 MUSLIM?

SALAM ALAIKA~

Hari ni nak tulis pasal budaya islam yg semakin hari semakin hilang dalam kehidupan kita. Saya begitu sedih melihat agama islam yg tidak dipeduli dan dipisahkan daripada kehidupan kita. Sedangkan ISLAM itu SYUMUL, lengkap dari pelbagai aspek kehidupan, sesuai dengan semua ZAMAN, semua MASA, semua BANGSA, semua NEGARA, semua PERINGKAT UMUR.

Semua org mengetahui hakikat tersebut tetapi mengapa kita boleh mengambilnya sebagai masalah kecil dan memandang enteng kepada semua perkara yg berkaitan dengan nya.

Perkara yg pertama dan UTAMA adalah solat, mengikut kajian hampir 80% umat islam di Malaysia tidak solat disebabkan oleh pelbagai faktor yang menjadi alasan. Antara alasan yang selalu kita dengar adalah;
  • Tidak cukup masa,
  • tak sempat
  • kerja banyak
  • tak sampai seru
  • tak reti laa...
  • MALAS
Nauzubillah, smua ini adalah alasan. Solat fardhu boleh dilaksanakan sekejap 5 minit. Kewajiban kita sebagai hambanya haruslah dilaksanakan sejujur dan seikhlasnya.

Pernah terdengar di dalam satu ceramah, org yg mengemukakan alasan itu adalah tidak logik dan rasional. Cuba anda bayangkan, semasa berada di bandar membeli barang2, tiba2 anda terasa ingin mlepaskan hajat, anda tidak pula mengemukakan pelbagai alasan untuk pergi ke tandas. Tidak mungkin anda melepaskan hajat di tengah jalanraya. Dan semestinya anda akan mencari tandas yg berhampiran untuk melepaskan hajat, tanpa MEMBERI APA2 ALASAN untuk pergi ke tandas.


Sama juga kesnya dengan solat, tanpa meberi apa2 alasan, kita perlu menunaikan kewajiban kita kepada Allah. Kadang2 saya terfikir, kebanyakan orang islam sudah tidak percaya kewujudan Allah [nauzubillah], ini kerana, saya dapat lihat ramai yg mengabaikan solat.


Jika anda pernah pergi ke sekolah kami, keadaan agak mendukacitakan, dengan memegang 'TITLE' sekolah agama, waktu solat tidak dijaga dengan sempurna.Sekitar jam 6.30 -07;00 mlm masih lagi kelihatan pelajar2 bermain badminton dan menjalankan aktiviti ko-kurikulum. Amat2 mendukacitakan. Saya sebagai warden bertugas pada hari tersebut, hanya mampu melihat dan memerhati. Ini disebabkan oleh ada ramai cikgu ditempat kejadian. Saya perlu menegur secara hikmah, bukanya menegur membabi buta. Luahan pada blog ini juga insya-Allah dapat memberi peringatan kepada kita semua.
Perkara2 yang mungkin dianggap 'remeh' oleh pelbagai pihak boleh menjadi barah yang bakal memusnah individu tersebut.
Akhir kallam, saya berharap coretan ringkas saya pada kali ini dapat memberi peringatan kepada kita dan diri saya sendiri. Insya-Allah~

No comments: