Saturday, July 10, 2010

Hati Penentu Peribadi [komen,ulasan peribadi]

Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, ingatlah! Itulah hati.  (hadith muttafaqun ‘alaih)

salam pertemuan buat smua. sekali lagi saya akan berkongsi sessuatu yg amat lama terbuku di hati. baru hari ini, baru sekarang saya menyedari satu hakikat yg benar-benar memakan diri ini.

diharap perkongsian ini akan menjadi satu titik tolak untuk menjadikan kita seorang muslim + manusia yg diredhai Allah. 

Sifat angkuh atau bongkak atau sombong adalah satu sifat yg keji yg sebenar2nya perlu dijauhi oleh kita sebagai muslim. sebab dengan sifat inilah kita akan mula untuk menghina orang lain sungguhpun memang seorang itu melakukan maksiat atau secara zahirnya nampak melakukan dosa, atau dalam keadaan yg kurang senang.

hadis disahihkan oleh Ibnu Hibban
Sesiapa yg merendahkan dirinya kerana Allah satu darjat, maka Allah akan meninggikannya hingga menempatkanya di 'Iliyyin yang tertinggi. Dan sesiapa yang meniggikan dirinya (takabbur) satu darjat, maka Allah terus merendahkannya hingga meletakkan namanya bersama orang yang sangat rendah (asfalasafilin).

Sebelum ini saya memang mengakui mempunyai sifat rasa lebih baik dari seseorang individu yang lain. Sifat ini sebenarnya memakan diri sendiri. setiap kali melihat seseorang yg tidak berpelajaran contohnya, saya merasakan sy lebih berpelajaran daripadanya. sedangkan saya tidak tahu, apa nasibnya selepas ini, rezeki Allah berada di mana2. Kebanyakan daripada org terkaya dunia tidak mempuyai pendidikan yang tinggi. Bill Gate umpamanya, hanya belajar sehingga ke peringkat kolej. Pemilik syarikat tayar terkenal dunia Dunlop, hanya belajar sehingga secondary school.

No comments: