Saturday, July 31, 2010

Sudah Lama Benar

Sudah lama benar..
Mata ini tidak menangis..
Mengenang segala kekhilafan diri..
Kerana sering kumanjakan ia,
dengan melihat keindahan dunia dan isinya..
Hingga ku asyik pada fatamorgananya..

Sudah lama benar..
Mulut ini tidak bicara..
Mengalunkan kalimat Kalamallah..
Yang indah dan syahdu menusuk jiwa..
Kerana sering kubiarkan ia..
Bicara seenak rasa..
Yang hanya menambah dosa..

Sudah lama benar,
Telinga ini tidak mendengar..
Zikir dan pujian kepada Dia..
Kerana sering kubiarkan ia,
Mendengar alunan irama serta perkataan lagha.

Sudah lama benar,
Diri ini tidak di sucikan..
Dengan dingin dan segarnya aliran air wudhuk,
Kerana sering kubiarkan ia,
Di jamah kekotoran dosa-dosa dan najis dunia..

Sudah lama benar..
Hati ini kosong..
Dengan tazkirah, tarbiyah dan ilmu..
Makin tandus dan merekah menanti belah..
Kerana sering ku biarkan ia..
Terisi dengan keseronokan sementara..

Oh Tuhan ku..
Sudah lama benar ku tinggalkan jalan itu..
Jalan lurus yang membawa ku dekat pada MU..
Angkuhnya aku selama usia ini..
Berjalan megah mendongak..
Hingga ku lupa..
Bumi tempat kuberpijak..

Ya Tuhan..
Sungguh aku ingin kembali ke jalan itu..
Izinkan langkah kakiku..
Izinkan helah nafasku..
Izinkan kudratku..
Untuk sampai ke situ..
Sudah lama benar..
Mata ini tidak menangis..
Mengenang segala kekhilafan diri..
Kerana sering kumanjakan ia,
dengan melihat keindahan dunia dan isinya..
Hingga ku asyik pada fatamorgananya..

Sudah lama benar..
Mulut ini tidak bicara..
Mengalunkan kalimat Kalamallah..
Yang indah dan syahdu menusuk jiwa..
Kerana sering kubiarkan ia..
Bicara seenak rasa..
Yang hanya menambah dosa..

Sudah lama benar,
Telinga ini tidak mendengar..
Zikir dan pujian kepada Dia..
Kerana sering kubiarkan ia,
Mendengar alunan irama serta perkataan lagha.

Sudah lama benar,
Diri ini tidak di sucikan..
Dengan dingin dan segarnya aliran air wudhuk,
Kerana sering ku biarkan ia,
Di jamah kekotoran dosa-dosa dan najis dunia..

Sudah lama benar..
Hati ini kosong..
Dengan tazkirah, tarbiyah dan ilmu..
Makin tandus dan merekah menanti belah..
Kerana sering ku biarkan ia..
Terisi dengan keseronokan sementara..

Oh Tuhan ku..
Sudah lama benar ku tinggalkan jalan itu..
Jalan lurus yang membawa ku dekat pada MU..
Angkuhnya aku selama usia ini..
Berjalan megah mendongak..
Hingga ku lupa..
Bumi tempat ku berpijak..

Ya Tuhan..
Sungguh aku ingin kembali ke jalan itu..
Izinkan langkah kakiku..
Izinkan helah nafasku..
Izinkan kudratku..
Untuk sampai ke situ..

Sunday, July 25, 2010

avatar- mesej mendalam untuk penduduk bumi~

avatar avatar avatar
penat kan dengar org crita pasal cerita ni.cerita ni dah keluar awal tahun, tp aku baru tgk semalam. Agak mendebarkan, dan sarat dengan pengajaran kepada penduduk bumi@ sky people.

pengajaran yg paling bermakna buat aku adalah JGN MUSNAHKAN TEMPAT TINGGAL KITA ataupun mother nature kita. Betapa sayangnya penduduk oricamaya dengan tempat tinggal mereka dan tidak mahu dimusnahkan oleh org bumi yg hanya pandai mengambil apa yg berharga dari BUMI mereka sendiri.

Sikap sambil lewa dan endah tak endah dengan persekitaran menyebabkan bumi kita yg usang ini semakin usang dari hari ke hari. Jika seorang manusia mempunyai sikap TAK APA ini membunag sampah 1botol kedalam longkang. Cuba bayangkan jika 50 org yg mpunyai sikap berikut, mksudnya ada 50 botol yg akan dibuang pada hari tersebut ke dalam longkang. Sampah ini akhirnya akan memakan diri kita sendiri.Cuba kita fikirkan kaitannya.

Kiraan yg sama juga digunakan untuk manusia yg berusaha menyelamatkan alam sekitar.
Teringat saya dengan gurauan rakan guru di sekolah. Saya biasanya akan membungkus makanan daripada kantin menggunakan tuuperware sendiri dan menolak penggunaan polisterena. Kerana saya tahu, polistrena adalah satu bahan yg susah mereput, mengambil lebih kurang beratus tahun.

'Tak payah la ko gne tupperware ko untuk bungkus makanan, bukannya semua org nak selamatkan alam sekitar macam ko, ko tgk jer kat sekolah ni, ko sorg jer sibuk pasal mende ni sume' sindiran kawan aku.

Sbenarnya pendapat dia salah, mungkin aku seorang sahaja di sekolah ini, pada setiap hari, aku dah selamatkan 1polisterena untuk digunakan, mksudnya dalam sebulan polisterena yg tak digunakan adalah 30 buah. Mksudnya aku dah berjaya selamatkan 366 bijik polistrena setahun. Satu usaha yg membanggakan.

Tetapi, jika lebih ramai yg tidak menggunakan polisterena, maka semakin bnykla polisterena yg tak digunakan. Tetapi attitude seseorang memang amat payah untuk di ubah, sebab semuanya tidak mahu keluar dari ZON SELESA masing2. Walaupun zon selesa itu kadang2 tidak seselesa mana. Sikap sebegini hendaklah dikikis dari hati kita supaya hati kita tidak menjadi hitam.

Saya nak berpesan kepada semua supaya berlatihlah untuk menyelamatkan alam sekitar selagi terdaya, walaupun dengan sebijik botol. Tolonglah, BUMI ini memerlukan pertolongan mu.

Thursday, July 22, 2010

anda seorang MUSLIM yg benar2 MUSLIM?

SALAM ALAIKA~

Hari ni nak tulis pasal budaya islam yg semakin hari semakin hilang dalam kehidupan kita. Saya begitu sedih melihat agama islam yg tidak dipeduli dan dipisahkan daripada kehidupan kita. Sedangkan ISLAM itu SYUMUL, lengkap dari pelbagai aspek kehidupan, sesuai dengan semua ZAMAN, semua MASA, semua BANGSA, semua NEGARA, semua PERINGKAT UMUR.

Semua org mengetahui hakikat tersebut tetapi mengapa kita boleh mengambilnya sebagai masalah kecil dan memandang enteng kepada semua perkara yg berkaitan dengan nya.

Perkara yg pertama dan UTAMA adalah solat, mengikut kajian hampir 80% umat islam di Malaysia tidak solat disebabkan oleh pelbagai faktor yang menjadi alasan. Antara alasan yang selalu kita dengar adalah;
  • Tidak cukup masa,
  • tak sempat
  • kerja banyak
  • tak sampai seru
  • tak reti laa...
  • MALAS
Nauzubillah, smua ini adalah alasan. Solat fardhu boleh dilaksanakan sekejap 5 minit. Kewajiban kita sebagai hambanya haruslah dilaksanakan sejujur dan seikhlasnya.

Pernah terdengar di dalam satu ceramah, org yg mengemukakan alasan itu adalah tidak logik dan rasional. Cuba anda bayangkan, semasa berada di bandar membeli barang2, tiba2 anda terasa ingin mlepaskan hajat, anda tidak pula mengemukakan pelbagai alasan untuk pergi ke tandas. Tidak mungkin anda melepaskan hajat di tengah jalanraya. Dan semestinya anda akan mencari tandas yg berhampiran untuk melepaskan hajat, tanpa MEMBERI APA2 ALASAN untuk pergi ke tandas.


Sama juga kesnya dengan solat, tanpa meberi apa2 alasan, kita perlu menunaikan kewajiban kita kepada Allah. Kadang2 saya terfikir, kebanyakan orang islam sudah tidak percaya kewujudan Allah [nauzubillah], ini kerana, saya dapat lihat ramai yg mengabaikan solat.


Jika anda pernah pergi ke sekolah kami, keadaan agak mendukacitakan, dengan memegang 'TITLE' sekolah agama, waktu solat tidak dijaga dengan sempurna.Sekitar jam 6.30 -07;00 mlm masih lagi kelihatan pelajar2 bermain badminton dan menjalankan aktiviti ko-kurikulum. Amat2 mendukacitakan. Saya sebagai warden bertugas pada hari tersebut, hanya mampu melihat dan memerhati. Ini disebabkan oleh ada ramai cikgu ditempat kejadian. Saya perlu menegur secara hikmah, bukanya menegur membabi buta. Luahan pada blog ini juga insya-Allah dapat memberi peringatan kepada kita semua.
Perkara2 yang mungkin dianggap 'remeh' oleh pelbagai pihak boleh menjadi barah yang bakal memusnah individu tersebut.
Akhir kallam, saya berharap coretan ringkas saya pada kali ini dapat memberi peringatan kepada kita dan diri saya sendiri. Insya-Allah~

Tuesday, July 20, 2010

Wahai Insan bernyawa (iluvislam.com)

Dengarlah wahai insan bernyawa ,
Tidak ada yang akan terlepas ,
Dari setitik kesilapan ,
Di dunia , Persinggahan akhirat ,
Ingatlah sekalian anak adam dan hawa ,
Balasan akhirat itu pasti ,
Bahagialah bagi yang bertakwa ,
Waspadalah bagi yang derhaka ,
Alwaktu bikalsaif ,
Segeralah bertaubat ,
Sebelum matahari terbitnya di barat .
Dengarlah wahai insan bernyawa ,
Cabaran sentiasa menanti di hadapan ,
Tanganilah bagai orang bijaksana ,
Yang adil dan saksama ,
Agar tidak jauh tersasar ,
Dari matlamat yang satu ,
Jangan diambil mudah ,
Soal ibadah dan nyawa ,
Tiada ibadah , Runtuhlah tiang agama ,
Tiada nyawa terkuburkah jasad kita ,
Ingatlah sekalian anak adam dan hawa ,
Mati itu penghijrahan ke akhirat ,
Hisab itu penentuan yang sebenar .



Dengarlah wahai insan bernyawa ,
Munasabah kembali diri kita ,
Perbaikilah kelemahan yang ada ,
Gantikan dengan sinaran kekuatan ,
Allah Maha Adil dan Berkuasa ,
Setiap masalah ada penyelesaiannya ,
Ingatlah wahai anak adam dan hawa ,
Ada siang ada malam ,
Ada hitam ada putih ,
Ada langit ada bumi ,
Ada marah ada ketawa ,
Ada tangis ada riang ,
Ada benci ada marah ,
Ada pahala ada dosa ,
Ada syurga ada neraka ,
Ayuh! Bangunlah wahai orang yang beriman ,
Dari kegelapan yang pekat ,
Berjuanglah menegakkan kebenaran ,
Yang makin tenggelam akan arus kemungkaran .

Monday, July 19, 2010

Debu Mampu Memusnah [kuasa Allah tiada tandingannya]

Salam Alaik
Hari ni nak berkongsi sesuatu yg mungkin bakal menyedarkan kita. Saya tidak nafikan, ada bnyk perkara yg boleh menyedarkan kita, tetapi paparan dokumentari yg saya tonton di tv tadi memang benar2 menyedarkan kita.

bayangkan, hanya dengan debu sahaja, sebuah bandar musnah di tutupi dengan debu.Ramai dari penduduknya menemui ajal disebabkan oleh debu tersebut. Penduduk yg terselamat pula berusaha untuk tinggalkan pulau tersebut.


Sebuah kawasan yg dinamakan PLYMOUTH di Afrika telah musnah disebabkan oleh DEBU gunung berapi. Gunung berapi tersebut telah dikesan mempunyai tanda2 awal letusan sejak 2 tahun sebelum ini. Cuba anda bayangkan di belakang rumah anda, terdapat sebuah gunung berapi yg sentiasa mengeluarkan asap. Apa yg anda lakukan?


Kita patut bersyukur kerana di negara kita tiada ancaman seperti ini. Maka jangan kufur nikmat. Bersyukur dengan apa yg ada. Zuhud adalah jalan yg terbaik.

Semasa menonton dokumentari tersebut, saya hampir menitiskan air mata, kerana melihat kesengsaraan mereka menghadapi segala kemungkinan yg bakal mereka hadapi selepas daripada letusan demi letusan gunung berapi tersebut.

Sebuah bandar yg pada mulanya didiami oleh penduduk yg bahagia dan gembira akhirnya musnah disebabkan oleh kuasa Allah yg maha hebat.

Pandangan sudut positif: Allah tidak akan jadikan sesuatu itu tanpa sebab, hatta tahi telinga sekalipun, manusia pun dijadikan untuk menjadi hamba kepada Allah dan menjadi khalifah di ats muka bumi ini. Kejadian di atas juga mempunyai sebab yg tertentu, antaranya adalah peristiwa tersebut boleh mengingati manusia tentang betapa hebatnya kuasa Tuhan. 

Seterusnya, kawasan tersebut juga akan menjadi lebih subur. Teringat saya kepada Quantum Pendant yg saya pakai, rantai tersebut diperbuat daripada debu gunung berapi. Lihatlah, betapa sayangnya Allah kepada kita, di setiap Musibah PASTI ada HIKMAH di sebaliknya. Percayalah~

Monday, July 12, 2010

alangkah indahnya [musim piala dunia 2010 ]

salam alaik.
musim piala dunia masih hangat dibicarakan di seantero dunia. siapa tidak tahu, juara kali ini disandang oleh sebuah negara yang mempunyai peta seperti kasut, mungkin ini adalah rahsia kejayaan mereka, SPAIN. Tahniah buat spain dan penyokong2 nya yang tidak kenal penat lelah meraung dan memekik menyokong pasukan kegemaran mereka.

Di sini saya tidak berniat untuk mengulas lebih panjang lagi mengenai piala dunia ini. semuai orang sudah tahu, dan semua orang sudah maklum. Sotong dan burung hijau itu pun sudah membuat tilikan. Sotong siap boleh menjangka 6 perlawanan secara tepat. Semakin ramailah yang percaya 'kuasa' sotong ini selepas ini, dan semakin ramailah yg akan tersesat, nauzubillah. Kalau org kafir yg percaya, saya agak tidak keruan, mungkin mereka tidak ada kerja lain gamaknya. Tetapi saya agak hairan dan pelik, media di malaysia juga membuat liputan yang meluas ttg perkara ini, menjadikan, anak2 muslim kita yang masih belum tepu lagi ilmu islam di dada, tekial2 percaya ttg perkara tilikan tersebut. Islam melarang sekeras2nya tilikan tersebut. Dan islam meletakkan hukum Haram ke atasnya. Hanya ada satu kuasa sahaja yg kita perlu kita sanjung, geruni dan takuti yakni kuasa ALLAH swt.

Tergelak+ sedih melihat seorang guru di sekolah pagi tadi, sementara menunggu waktu masuk kelas, ada seorang guru lelaki tertidor di pembaringan, disebabkan berjaga melihat aksi pasukan bola yang diminatinya seawal jam 2.30 pagi semalam sehingga aksi masa tambahan pukul 5.00pagi. Saya agak malu pada mulanya, kerana saya sering memarahi pelajar saya, 'awal pagi dah tidor, macam mana ilmu nak masuk'. rupa2nya cikgu sendiri yang tertidor kerana tidak pandai mengatur masa dengan betul. Pada masa tersebut pelajar lalu-lalang di luar bilik guru, melihat aksi guru tersebut. Teringin mendengar apa yang diperkatakan oleh pelajar. Jika tertidur disebabkan oleh qiamulail saya tidak kisah, tetapi kerana sebiji bola? tepuk dada, tanya minda.

Terdapat seorang cikgu perempuan yang agak fanatik menyokong Spain di sekolah. Saya tidak ksiah, asalkan prestasi mengajar yang diberi di dalam kelas adalah tip top.Lagipun dia seorang non-muslim, jadi mungkin dia tiada tangunggjawab yg lain.tiada siapa yang tahu. Sindrom2 seperti ini telah berjaya buat yahudi + nasrani untuk mengajak umat islam untuk sama berhibur dalam arena Piala Dunia. Saya tidak cakap, sama 'bersukan' disebabkan orang yg menyokongnya tidak berpeluh di padang, ianya lebih kepada hiburan atau hedoism.
Umat yang suka berhibur adalah umat yang mudah di takluk dan dijajah. Jadi saya berpesan kepada diri sendiri, jgn utamakan hiburan. Hiburan mmg tiada salahnya, tapi asalkan tahu batasnya.

Alangkah indahnya jika...
semangat menyokong pasukan kegemaran mereka pada piala dunia digunakan untuk menyokong perjuangan umat seagama kita di palestin atau menjadi semangat untuk mengubah nasib ummah.Jika tidak dapat mengubah dengan tangan, ubahlah dengan hati.Bermula dari diri sendiri, barulah org sekeliling akan melihat dan mengikut insya-Allah.

Alangkah indahnya jika..
semangat bangun seawal jam 2.30 pagi digunakan untuk qiamulail pada sepertiga malam berbanding berjaga untuk melihat piala dunia. Jika ada aktiviti di sekolah yang berkaitan dengan bangun sekitar jam tersebut, akan kedengaran mengatakan 'tidak dapat bangun se-awal itu'. Tetapi demi piala dunia, smuanya boleh.

Alangkah indahnya jika...
sermua umat islam bersatu di dunia ini seperti mereka bersatu menyokong pasukan bola kegemaran mereka.

Alangkah....cuma sekadar menyebut alangkah...bila agaknya alangkah ini menjadi realiti. Alangkah indahnya angan2 ini.

hanya coretan daripada penulis semata2, tidak berkait dengan mana2 pihak.

Saturday, July 10, 2010

Hati Penentu Peribadi [komen,ulasan peribadi]

Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, ingatlah! Itulah hati.  (hadith muttafaqun ‘alaih)

salam pertemuan buat smua. sekali lagi saya akan berkongsi sessuatu yg amat lama terbuku di hati. baru hari ini, baru sekarang saya menyedari satu hakikat yg benar-benar memakan diri ini.

diharap perkongsian ini akan menjadi satu titik tolak untuk menjadikan kita seorang muslim + manusia yg diredhai Allah. 

Sifat angkuh atau bongkak atau sombong adalah satu sifat yg keji yg sebenar2nya perlu dijauhi oleh kita sebagai muslim. sebab dengan sifat inilah kita akan mula untuk menghina orang lain sungguhpun memang seorang itu melakukan maksiat atau secara zahirnya nampak melakukan dosa, atau dalam keadaan yg kurang senang.

hadis disahihkan oleh Ibnu Hibban
Sesiapa yg merendahkan dirinya kerana Allah satu darjat, maka Allah akan meninggikannya hingga menempatkanya di 'Iliyyin yang tertinggi. Dan sesiapa yang meniggikan dirinya (takabbur) satu darjat, maka Allah terus merendahkannya hingga meletakkan namanya bersama orang yang sangat rendah (asfalasafilin).

Sebelum ini saya memang mengakui mempunyai sifat rasa lebih baik dari seseorang individu yang lain. Sifat ini sebenarnya memakan diri sendiri. setiap kali melihat seseorang yg tidak berpelajaran contohnya, saya merasakan sy lebih berpelajaran daripadanya. sedangkan saya tidak tahu, apa nasibnya selepas ini, rezeki Allah berada di mana2. Kebanyakan daripada org terkaya dunia tidak mempuyai pendidikan yang tinggi. Bill Gate umpamanya, hanya belajar sehingga ke peringkat kolej. Pemilik syarikat tayar terkenal dunia Dunlop, hanya belajar sehingga secondary school.

Friday, July 9, 2010

peristiwa israk mikraj [ iluvislam.com]

Peristiwa Israk Mikraj
www.iLuvislam.com
Oleh: Muhammad Rashidi bin Haji Wahab*
Editor: buluh


PENGENALAN


Ketika tulisan ini ditulis menunjukkan bahawa bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab ini berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.

Terdapatnya sedikit khilaf dalam menentukan tarikh dan waktu sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan pedebatannya. Apa yang terlebih penting adalah peristiwa ini benar-benar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. kerana ia ada dinyatakan oleh al-Quran al-Karim dan diceritakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang telah diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah S.A.W. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamuNya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.

Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.


Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.





PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ


Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1).

Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.


Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketikaka Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18).

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.


SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ


Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).

Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.

Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.


PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ


Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.

Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.


KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ


Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

Baginda melihat orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.

Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.

Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.


DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU


Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.

Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.

Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.

Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.

Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.


PERTIKAIAN KAFIR QURAISY


Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.

Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang mendakwa sedemikian rupa.

Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut.

Pertanyaan kafir Quraisy mengenai keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.

Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua rakaat. Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.

Orang yang beriman akan terus beriman dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah dibentangkan di depan mata.




PENUTUP


Dari segala apa yang telah saya nyatakan ini maka sudah tentulah pelbagai pengajaran dapat diambil dari peristiwa Israk Mikraj ini. Ia bukanlah hanya sekadar cerita untuk didengar dan dibaca semata-mata namun jauh dari itu ia dapat dijadikan pedoman hidup selama kita di dunia ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari tulisan ringkas ini. InsyaAllah.


buluh.iluvislam.com.


Wallahualam.



* Penulis merupakan salah seorang Panel Agama di iLuvislam.com. Artikel asal ini diambil daripada blognya di sini: Peristiwa Israk Mikraj

Wednesday, July 7, 2010

HUKUM MENCUKUR DAN MENYIMPAN JANGGUT [lelaki saje ek]

Apakah hukumnya, membiarkan dan memeliharakan tumbuhnya janggut?

Jawapan :

Terdapat perintah untuk membiarkan tumbuhnya janggut kerana banyak hadith Nabi s.a.w di antaranya sabda Nabi s.a.w yang bererti :

"Berbezalah daripada kaum Musyrik, bebaskanlah (biarkanlah sebagaimana adanya) janggut dan cukurlah kumis (misai)." (Hadith riwayat Bukhari, Sahih Bukari, vol 5, hlmn 2209; dan Muslim, Sahih Muslim, vol 1, hlmn 222)



komen aku,
pernah terbaca dalam majalah SOLUSI, nabi suruh kita berbeza daripada menyerupai org yahudi dan nasrani. yahudi dan nasarani akan mencukur janggut dan membiarkan misai atau mencukurnya sekali. kita umat islam haram menyerupai org yahudi n nasrani, cara berpakaian termasuklah dari segi penampilan diri seperti ini. jadi bab simpan janggut ni, faham2lah ekk..


[pssst]: sudah mula menyimpan janggut demi mengikut sunnah nabi dan mengelak dari fitnah akhir zaman.

iluvislam.com I Discover the Beauty of Islam

salam
dah lebih 6 bulan aku jadi peminat setia website ni. semakin bnyk aku membaca semakin aku rasa aku semakin kurang ilmu. sifat tu mmg perlu wujud pada ssorg individu. jika kita rasa sebaliknya, maka riak akan menular membelengu diri kita.

for your info. website ni bnyk membicangkan artikel2 yg berbentuk islam.soal jawab islam mahupun berkenan dgn topik perbualan harian. anda boleh bertanya dengan pakar2 yg telah dilantik khas oleh pihak iluvislam.com.
jadi, kalo segan nak bertanya macam2 perkara terutamanya berkenan islam, leh ler tny kat diaorg. [biasanya org kita ni mmg malu nak tny benda hal remeh temeh, sanggup membatu daripada malu bertanya] sikap sebegini haruslan dikikis dari benak fikiran kita.

ps: kita adalah apa yg kita baca. kalo kita baca bnyk komik, minda kita akan lebih bnyk tertumpu kepada dunia maya kartunis [kdg2 mjdkan kita tlalu kreatif], jika kita baca berkenaan islam, kita akan TAKE CARE atau ambil tahu pasal islam, sesungguhnya, org yg ambil tahu berkenaan sesuatu adalah tergolong dalam kalangan perkara tesebut~

Monday, July 5, 2010

solat dhuha pemberi rezeki menolak kepapaan

perkara yg baik tak baik nak kedekut2.
arini aku nak kongsi ttg solat dhuha.mudah jer nak lakukan, ttp ramai yg tak nak lakukan.
solat ni boleh mendatangkan rezeki kepada kita, bagi individu yg belum dapat kerja, belum dpt sambung belajar, belum naik pangkat, pelbagai lagi belum, try la amalkan solat ni. Mungkin, dibukakan pintu rezeki kita lepas nie..tiada siapa yg tahu.

Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang. [kalau kat area sabah sarawak,mungkin b4 kul 12.30]

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
 Bekerja lah kita seperti kita akan hidup seribu tahun, dan begitu jugak sebaliknya, beribadatlah kita umpama kita akan mati keesokan harinya.
Lepas aku amalkan solat dhuha ni, aku rasa agak tenang. sebelum ni, aku asyik fikir, kalo aku mati lepas ni, cukup tak amal ibadat aku untuk dipersembahkan di padang masyar nnt. 
Habis jer kelas pagi, aku cepat2 g surau sekolah solat dhuha, then baca mathurat, tak sampai 30 minit, smua siap, hati tenang. Biasanya, aku duk kat bilik guru, sambil sembang2 kosong ngan guru lain atau buat kerja kerja tertunggak. daripada masa kita terbuang begitu sahaja, baik kte g solat. pahala pun dapat, rezeki insyallah dapat, dosa tak dapat [sbb sembang kutuk org]
KELEBIHAN SOLAT DHUHA
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


 at last: solat ek, jangan tak solat. kalo masih ragu2, percayalah Allah akan tunaikan janjinya.mungkin bukan rezeki tu datang dari wang banyak, mungkin datangnya dari isteri yg rupawan [solehah + mendengar kata]

SOLUSI -majalah islam alaf baru

nak promote sikit majalah yg aku baca. lepas beli satu isu majalah ni.aku dah jadi ketagih nak membeli kesemua isunya. disebabkan oleh majalaj ni bnyk info ttg islam. jadi aku beli untuk menambahkan ilmu pengetahuan.


kita perlu tambahkan ilmu kita, sbb ilmu yg bnyk kat alam ni takkan habis dipelajari oleh manusia. otak kita boleh menampung sehingga bnyk maklumat sehingga dikatakan dapat menyimpan maklumat di dalam beratus2 [400 kot] maklumat di dalam library.

jadi tanamkan minat membaca ni. jgn hanya melihat kepada hiburan semata. TV terutamanya, mmg saya akui ada benda yg memberi ilmu di dalam kotak segiempat itu, ttp kebanyakan daripada kita tidak dapat mengawal nafsu untuk melihat hiburan yg maksima.

teringat dengan lirik lagu nasyid yg aku penah dgr.. berhibur tiada salahnya, asal pandai beza yg baik dan buruk hehe..[mcm xbetul jer bunyinya] lebih kurang macam tu la bunyinya.

celik mata, celik minda, pasti kita diredhai dan diberkati.

ps: amalan membaca adalah amalan yg baik.bawakan buku kemana anda pergi [walaupun anda tak membacanya] nescaya sampai satu peringkat anda akan membacanya.

i LOVE TO teach. tp kenapa mereka tak benarkan aku ngajar?

cikgu azahar ni mmg minat mengajar, tak kisah la subjek apa, kalau boleh dibantu, smuanya cikgu ni nak ajar. selagi masih bnyk ilmu di dada, selagi tu la dia ni nak mengajar.

tell me which field, if i can help, i`ll really want to help.biologi?kimia?fizik?sains? math?add math?..bahasa arab sekalipun aku leh tolong [cheh dah smpi tahap riak ni]haha. stakat arab form1 tu leh la aku tolong, kalau yg lebih mendalam lagi..maaf ekk..tny ustaz n ustazah :)

tapi yg tak syoknya, sistem pendidikan kita sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan semata2. makanya, pelajar2 akan lebih fokus dlm akademik yg seterusnya akan mengabaikan proses pembesaran mereka yg spatutnya mereka lalui. ini akan menyebabkan FPK tidak dapat dicapai, antara initipatinya ialah ingin melahirkan individu yg seimabang dr segi JERIS, dan memperkembangkan potensi individu.

pernah berangan nak tubuhkan sekolah yg menjurus kepada satu aliran sahaja.bukannya berbentuk kepada semua benda WAJIB dipelajari. example: sekolah sukan yg benar2 menjurus kepada sukan sahaja, tidak mencampurkan dengan pelajaran yg tidak sepatutnya, atau kalau nak campur pon tidak secara detail. cukup sekadar benda yg perlu diketahui. sebab ilmu ni sifatnya dipelajari, bukanya perlu dihafal. kalau hafal, 2 ,3 hari lepas tu lupa balik.

baru2 ni menteri pelajaran muhidin yasin dah umumkan yg dia nak ubah sedikit sebanyak ttg perkara ni. kita berdoa kepada Tuhan, moga usahanya diberkati dan dilihat mampu melahirkan modal insan yg lebih sempurna [ada ker manusia sempurna?]

tajuk aku tadi, mmg provokasi semata2, sebenarnya, aku xleh nak ngajar sbb ada bnyk sebab antaranya adalah disebabkan oleh kerja pengkeranian yg terlalu banyak, gerko, minit mesyuarat, fail2 yg perlu dikemas kini dan pelbagai kerja lagi yg menyebabkan peratus mengajar aku menjadi kurang.humm..haraplah lepas ni xda bnyk kerja lagi yg membebankan.

pendant ajaib..[ajaib la sangat]

salam alaik.
lama dah tak menulis di sini, aku nak bagi sikit info ttg satu benda yg aku mati2 tak percaya dulu.skang dah menjadi teman aku kemana aku g. jeng jeng jeng..bestpren aku ni orgnya kecik jer..lebih besar sikit dari syiling 50sen. tp harganya lebih mahal dari syiling 50sen. haha

okeh, malas nak membebel.baik aku kenalkan membe aku ni.nama dia adalah encik Quantum Pendant. tugas dia ada banyak. tapi yg paling aku perasan sejak aku pakai ialah ia memberi TENAGA kepada aku. Maksud aku, dia memberi lebihan tenaga kepada aku. Tp kalo ikut prinsip dia, ianya membahagikan tenaga seseorang tu mengikut keperluan tubuh badan nya. jadi tenaga yg bnyk tu akan dibahagikan secukupnya mengikut keperluan. Makanya, tiada tenaga yg dibazir.

Tugas sbgi seorang guru memang memenatkan, aku g kerja seawal pukul 6:30 pagi [kalo aku bangun awal, kalo aku bangun lewat aku g kerja pukul 7 pg] hehe. Lepas ngajar, naik turun tangga, g kelas ke kelas, g membebel di mana2 jumpa pelajar, g kutuk2 org [oopss, skali skala jer] memaaaaaang memenatkan. Balik dari sekolah pukul 1:45 tghari, terus pengsan kat rumah [tp b4 tu konpem solat dulu] Kalo ptg tu ada aktiviti ko-kurikulum atau gerko, tenaga yg sedikit tadi tpksa jugak digunakan untuk conduct budak. jadi bertambah2 penat la. Kalau ++++ pulak ngan duty warden. aduhhhh..tenaga yg 'banyaaaaaak' tadi menjadi semakin sikit.

Sbenarnya aku nak bandingkan kehidupan aku sebelum dan selepas, tu DULU..SEKARANG bila aku dah bersama ngan quantum pendant ni, kepenatan ini tidak lagi menganggu kehidupan aku.Balik jer dari sekolah, aku leh g masak [ masak megi + benda2 yg best, org bujang biasala, :) ], basuh baju, berjaga depan laptop, buat kerja luar kawal di sekolah [ tgk perangai budak abis sesi persekolahan] dan banyaaaaaaaaaaaaaaaak lagi. pendek kata, aku tak kpenatan seperti dulu. betapa ajaibnya benda ini.

akhirul kalam, walau apa pun benda yg digunakan oleh kita, semua tenaga itu datangnya dari Maha Pencipta, jadi jangan terlalu taksub dengan batu ni, bedoalah kepada Tuhan semoga kita sentiasa berada di dalam redha-Nya.

ps: aku bukan promote benda ni, aku just nak berkongsi benda baik jer. kalo nak beli, leh try beli on9.hehe

sesiapa nak tau lebih lanjut ttg benda alah ni, leh la click kat sini. kalo tak reti jugak, leh google jer. QUANTUM PENDANT. http://fusionexcel.com/

sikit info pasal benda ni:

Harga 1 pendant = RM 565 .
Beli 3 Free 2 hanya = RM 1650


10 Faedah memakainya
  1. Membantu Kekebalan Terhadap Penyakit.
  2. Menambah Oksigen Dalam Sistem Edaran Darah.
  3. Membersihkan Darah Bertoksin Didalam Sel Berlemak dll, Dengan Itu, membantu Menambahkan Tahap Tenaga.
  4. Membantu Melawan Sel Kenser.
  5. Menambah Nutrien Sel dan Detoksifikasi Setiap Sel Didalam Tubuh Badan.
  6. Menghalang Pengelompokan Sel.
  7. Menguatkan Dan Mencegah Kerosakan DNA.
  8. Merendahkan Tekanan Air (Water Surface Tention), Bagi Memudahkan Keresapan Terus Didalam Badan Dan Pembuangan Toksin Dari Sel.
  9. Menambah Fokus Mental & Keseibangan Dikedua Bahagian Otak, Dibuktikan Dengan Sukatan EEG.
  10. Memperkuat Lapangan Biologi (Biofield) Dan Menghalang Gelombang Elektro-Megnetik Yang Membahayakan.
click jer sini..malas lak aku nak copy paste ni http://pendantajaib.blogspot.com/

selamat mencuba ekk kawan2...
harganya mmg agak mahal..tp berbaloi2.. :)